CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 28, 2009

lOGo k3l@S~




cantik x logo kelah 3b...
kelas kitowang lah...
hahaha...
xde pape pon nak diposkan kat sini...
just nak show yg nie je...

Sunday, June 21, 2009

Bengang - Ak3m...



Lirik..

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku

Aku fikir kau tak searus
lebih baik ku beralih
biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak fikir angkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku
katamu...

Tak mungkin ku percaya
Kata2 yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan...
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka

Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama diri mu yang sering berdusta

Tak mungkin ku percaya
Kata2 yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan...
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku

Benci hatiku diserang pilu
Pedih hatiku teringat janji mu
oooh caramu
Akan ku teruskan...
Hidup ku oh tanpamu...

Tak mungkin ku percaya
Kata2 yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan...
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Created by
SyafSal

Saturday, June 13, 2009

Ak3m Mintak MaAf -)






PEMENANG tempat ketiga rancangan Akademi Fantasia ke-7 (AF7), Afiq Hakim Ahmad atau Akim yang hampir dua bulan berada di persada seni sudahpun dikritik.

Dia dikatakan besar kepala, tidak serius ketika mengadakan fotografi dan promosi selain merungut kononnya penat menjadi artis akibat terpaksa mengejar masa.

Malah khabarnya juga semasa majlis pernikahan Adlin Aman Ramlie dan Emelda Rosmila di Ipoh bulan lalu Akim bersama Aril menyidir untuk mengenakannya Adlin yang juga pengkritik AF7. Kononnya ia masa yang sesuai untuk “membalas dendam” selepas mereka keluar dari AF.

Tingkah laku Akim seperti itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada banyak pihak termasuklah orang media.

Kisah tidak puas hati segelintir pihak mengenai perangai Akim itu juga telah dikritik oleh wartawan Mingguan Malaysia, Niezam Abdullah menerusi ruangan Kring Kring di Pancaindera minggu lalu. Niezam mempersoalkan sikap Akim yang didakwa sudah besar kepala.

Pastinya kritikan panas itu turut mengejutkan Akim termasuklah pihak Astro, keluarga dan para peminatnya. Namun anak saudara kepada pemain bass kumpulan Mega ini tidak melenting kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Ikuti perbualan saya dengan Akim mengenai kritikan pedas yang dilemparkan kepadanya.

Setelah membaca kritikan mengenai Akim adakah Akim rasa tertekan?

Saya tak rasa tertekan dengan kritikan yang dilemparkan. Malah saya mengucapkan terima kasih kepada abang Niezam kerana kritikan itu membolehkan saya memperbetulkan apa yang kurang selain memperbaiki kelemahan pada diri saya. Sebagai artis yang sangat baru, pastinya saya tak tahu perbuatan saya boleh mencalarkan hati orang lain. Tapi saya tidak ada niat pun untuk melukakan atau menyakiti hati sesiapa. Saya anak muda, mentah lagi, baru (usia) 18 tahun. Dalam dunia seni pun baru dua bulan. Kalau tidak ditegur saya tak tahulah. Itu sebabnya saya berterima kasih kepada orang yang memberi teguran. Lebih baik saya ditegur pada peringkat awal, bolehlah saya baiki kesilapan dan tidak akan mengulanginya lagi. Semua itu saya terima dengan hati terbuka.

Akim mengaku atau tidak apa yang berlaku itu adalah kesilapan Akim sendiri?

Ya saya mengakui. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan apa yang terjadi itu adalah salah satu daripada kesilapan yang saya tidak sedari.

Benarkah dakwaan mengatakan Akim buat muka masam ketika diwawancara oleh pihak media?

Sebenarnya saya ada masalah sikit masa tu. Bila ia datang secara tidak sengaja masalah itu digambarkan melalui reaksi muka. Biasalah, rasanya semua orang pasti pernah mengalaminya. Ia akan jadi tanpa dipaksa dan tak boleh nak kawal. Mungkin kalau dah lama jadi artis saya akan tahu nak kawal keadaan.

Masalah apa?

Ada la sikit. Dah selesai pun.

Dengar cerita Akim penat, ditambah pula dengan masalah yang datang tiba-tiba. Ceritakan sikit penat macam mana?

Bukannya apa bang. Sebelum bertemu dengan wartawan hari itu saya juga baru balik dari Indonesia selama seminggu.

Buat apa di Indonesia?

Saya tak boleh cerita bang, masih dirahsiakan apa yang saya buat Indonesia tu. masa di sana saya hanya berkesempatan tidur di atas katil selama sejam saja. Bayangkan selama seminggu tu! Yang lainnya saya tidur di dalam kereta dan bukan di atas katil hotel. Saya baru lagi dalam dunia ini jadi tak dapat nak biasa lagi dengan keadaan. Cuma saya mahu diberikan peluang untuk menyesuaikan diri.

Semasa kritikan terhadap Akim disiarkan, Akim ada hantar SMS kepada wartawan berkenaan. Siapa yang suruh?

Tak ada siapa pun paksa. Itu semua inisiatif saya untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Tidak ada niat nak perli atau apa-apa pun. Kalau tak kerana tulisan itu mungkin saya tak sedar kesilapan saya. Saya mengucapkan terima kasih di atas teguran tersebut.

Apa kata keluarga dan pihak Astro?

Bagi pihak keluarga mereka terima kritikan dengan baik dan positif manakala Astro menasihati saya supaya jangan cepat melenting dengan gosip atau kritikan.

Sewaktu dalam AF dulu pun Akim ada tunjukkan sikap seperti itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan teman-teman lain.

Saya akui dalam akademi saya pernah memberontak. Tapi itu dulu dan saya juga dah dapat kawal sikap panas baran saya. Saya sedang belajar bagaimana mengawal itu semua. Proses mematangkan diri akan berlaku secara berterusan dan saya sedang mengalami proses tersebut. Berikan saya masa.

Setelah apa yang berlaku ada tak rasa menyesal kerana memilih untuk menjadi artis?

Tidak sama sekali sebab saya yang pilih untuk berada dalam dunia seni. Saya sedar sebagai artis gerak-geri kita diperhatikan orang dan saya akan ingat sampai bila-bila. Saya akan pastikan kritikan sebegini tidak akan berlaku lagi hanya kerana kesilapan saya sendiri. Tapi seandainya saya masih buat silap, tak salah kalau ada sesiapa nak tegur.

Apa yang Akim nak katakan pada peminat?

Terpulanglah kepada peminat nak menilai terhadap apa yang berlaku. Saya akui kesilapan itu dan saja janji tidak akan buat lagi. Akim adalah Akim yang dulu dan tidak pernah berubah biarpun sudah keluar dari AF. Saya harap para peminat tidak salah anggap terhadap saya. Saya bukan sombong, tapi saya mesra orangnya. Saya juga ingin meminta maaf yang ikhlas kepada mana-mana pihak yang terasa dengan tindakan saya selama ini kerana bukan saya sengaja melakukannya. Apa yang berlaku adalah di luar kawalan. Jangan hukum saya atas kesilapan pertama itu, berikan peluang kali kedua.

Citer BEST!